PMBanApaMAFCA

  • Home
  • Apa itu Nombor Stok NATO (NSN)

Apa itu Nombor Stok NATO (NSN)

APA ITU NOMBOR STOK NATO (NSN)

Bagaimanakah satu alatan itu diberikan nombor NSN dan apakah yang perlu diketahui di sebalik proses kodifikasi tersebut? Apapun pendapat anda, maklumat di bawah mungkin boleh digunakan bagi menjelaskan dengan lebih lanjut mengenai Nombor Stok NATO ( NSN).

Pemberian NATO Stock Number (NSN)

  • Setelah suatu barang perbekalan melalui proses pemberian nama barang yang sebenar, menentukan kelasifikasi barang dan melalui proses pengenalan barang berpandukan kepada FIIG, maka barang tersebut telah dapat dikenali dengan cara yang unik. Maka barang perbekalan tersebut akan diberikan NSN sekiranya barang tersebut belum diwujudkan di dalam sistem inventori ATM.
  • Contoh :

    1005 34 123 4567

    Kod Federal Supply Classification (FSC) atau NATO Supply Classification Code.
    Kod Biro Kodifikasi Nasional atau Code for National Codification Bureau (NCB).
    Nombor tiada makna (Non-signification Number).
    NATO/National Item Identification Number (NIIN).
    NATO/National Stock Number (NSN).

    Nota : Rujuk STANAG 3151 – ANNEX B

  • NSN terdiri daripada 13 digit yang mana 4 digit pertama mewakili kod FCS, 2 digit selepasnya merupakan kod Negara NCB yang mengkodifikasikan barang berkenaan dan 7 digit seterusnya tidak memberi sebarang makna tetapi diberi dan dikawal selia oleh NCB Negara berkaitan. Kod NCB dan 7 digit terakhir digabungkan dan dikenali sebagai (National Item Identification Number). Secara rumusan:
  • a. 4 digit pertama adalah dipanggil kod FSC, yang mana menentukan pertalian kepada dan perbezaan di antara barang perbekalan yang lain.
  • b. Baki 9 digit seterusnya adalah dipanggil NIIN yang menetapkan pengenalan sesuatu barang perbekalan sama seperti fungsi nombor tentera yang dikhaskan untuk mewakili seseorang anggota tentera di dalam ATM.
  • Nombor NIIN hanya diberikan kepada satu barang perbekalan dan tiada sebarang pertalian yang wujud di antara satu nombor NIIN dengan nombor turutan NIIN yang seterusnya.
  • Setiap barang perbekalan yang tertakluk kepada NCS akan diberikan 13 digit NSN. Susulan daripada itu, NSN tersebut hanya akan digunakan untuk mengenali barang berkenaan. Sekiranya status barang berubah iaitu berlaku kepada kod FSC yang baru, maka NIIN tidak akan berubah. Oleh kerana hanya FSC yang berubah, maka NSN adalah berbeza tetapi NIIN masih kekal bersama barang berkaitan selagi ianya wujud di dalam sistem inventori ATM.

Setelah proses pengenalan selesai dengan pemberian NSN kepada sesuatu barang perbekalan yang baru wujud di dalam inventori ATM, langkah seterusnya adalah menentukan supaya data dan maklumat yang Berjaya dikumpul dan dikodifikasikan di simpan di dalam rekod pangkalan data sistem MAFCA yang dipanggil TIR ( Total Item Record). Data dan maklumat ini seterusnya dimaklum dan diedarkan kepada agensi-agensi yang memerlukan untuk membantu di dalam tugas harian mereka. Cara pengedaran boleh dilakukan dalam beberapa media seperti berikut:

  • a. Cetakan Senarai (Hard Copy).
  • b. Publikasi Katalog.
  • c. CD-ROM dan DVD.
  • d. Talian terus (On-line) di ketiga-tiga sel katalog perkhidmatan.

“National Stock Number” adalah tatanama atau nomankulator (nomenclature) rasmi yang digunakan oleh Amerika Syarikat untuk pengenalan barang menggunakan 13 digit. Manakala NATO Stock Number adalah nomankulator rasmi yang digunakan oleh Negara-negara NATO dan lain-lain Negara selain Amerika Syarikat yang menggunakan NCS. Kedua-dua akronim dan struktur adalah serupa kepada Nombor Stok Nasional (National Stock Number).


NSN
  • 53 = Federal Supply Group (FSG) – Kod FSG ataupun Federal Supply Group yang mana setiap alatan dikumpulkan mengikut komoditi kumpulan masing-masing berdasarkan ‘Group’ yang diberikan di dalam buku H2 ( Handbook 2). Sebagai contoh : Alatan dalam kumpulan fotografi diletakkan dalam ‘Group 67’.
  • 10 = Federal Supply Class (FSC) - Federal Supply Class (FSC) atat kelasifikasi alatan yang dipecahkan daripada FSG ‘Group’ kepada beberapa kelas yang tersendiri. Sebagai contoh: ‘Group’ bagi fotografi adalah 67 , maka kelas bagi tripods adalah 6760, dan microfilm adalah 6720 (rujuk pada H2 untuk keterangan selanjutnya).
  • 5310 = Federal Supply Classification – gadungan di antara Federal Supply Group (FSG) dan Federal Supply Class (FSC) akan terbentuk perkataan yang dipanggil FSC iaitu Federal Supply Classification. H2 boleh mengandungi maksima 99 FSG dan maksima 99 FSC.
  • 34 = Malaysia Country code/ NATO Codification Bureau  (NCB) – 34 merupakan kod NCB (Nato Codification Bureau Code) bagi negara Malaysia. Malaysia adalah negara ke-8 yang berstatus TIER 2 di samping 28 negara-negara NATO, 9 negara berstatus TIER 2 dan 27 negara berstatus TIER 1. Status TIER 2 bagi Malaysia telah dinaiktaraf pada 01 Oktober 2010. Rujuk http://www.nato.int/structur/AC/135/main/[df/NCS_codes_chart.pdf .
  • 34-7654321 = Gabungan nombor berikut dipanggil NIIN (National/NATO Item Identification Number). ‘National’ merujuk alatan atau NSN bagi negara USA sahaja manakala perkataan ‘NATO’ merujuk kepada NIIN selain daripada negara USA. Nombor NIIN hanya diberikan kepada satu barang perbekalan dan tiada sebarang pertalian wujud di antara satu nombor NIIN dengan nombor turutan NIIN yang seterusnya.
  • 7654321 = National Item Identification Number – Nombor berikut dipanggil IIN iaitu Item Identification Number atau ‘ Unsignificant Number’ ataupun nombor tiada makna. IIN diberikan mengikut turutan setiap alatan dikodifikasikan tetapi ianya tidak mengikut komoditi mahupun jenis-jenis alatan tersebut.
  • 5XXX-XX-7654321 = Hasil terakhir proses kodifikasi adalah pemberian nombor Stok NATO (NSN Number). 13 digit diberikan bagi mengenalpasti alatan di mana, dalam satu nombor NSN boleh mengandungi lebih dari satu nombor rujukan (Part Number). Inilah kelebihan yang terkandung di dalam satu nombor NSN di samping data-data yang lain.