PMBanApaMAFCA

  • Home
  • Apa Yang Perlu diketahui..

Apa Yang Perlu diketahui..

Apa Yang Perlu Diketahui...

Kos penyediaan data-data teknikal yang dibekalkan oleh pihak pembekal adalah menjadi tanggungjawab Tim Peojek berkaitan dan seharusnya dimasukkan ke dalam peruntukan perbelanjaan projek tersebut.  Manakala kos untuk transaksi kodifikasi dengan negara-negara pengguna sistem yang lain disediakan oleh MAFCA yang berperanan sebagai Biro Kodifikasi Nasional (NCB).

AC/135 telah memperkenalkan STANAG (Standard Agreement) 4177 sebagai asas kepada CCC untuk negara pengguna NCS mewujudkan klausa berkenaan di dalam semua kontrak perolehan dan pembaikan sistem atau peralatan.  STANAG 4177 merupan satu sistem yang seragam yang direka bertujuanuntuk mendapatkan data-data teknikal yang minima daripada pihak pembekal untuk aktiviti kodifikasi barangan (rujuk lampiran 4).

KLAUSA KODIFIKASI KONTRAK

PENGENALAN.

Angkatan Tentera Malaysia (ATM) melalui Kementerian Pertahanan merupakan satu kementerian yang paling banyak membuat perolehan dan menerima pelbagai sistem persenjataan dan pertahanan untuk negara.  Adalah dianggarkan sejumlah hampir 95% daripada jumlah perolehan dan perkhidmatan untuk kegunaan ATM adalah melalui perjanjian kontrak sama ada kontrak melibatkan pembekal tempatan ataupun pembekal luar negara.
Kebanyakan kontrak perolehan bukan sahaja untuk tujuan pembelian satu sistem utama tetapi akan juga melibatkan pembelian peralatan tambahan dan alatganti dukungan bagi sistem berkenaan.  Oleh yang demikian strategi bagi memastikan supaya semua perolehan dan pembelian sistem persenjataan dan pertahanan ataupun perkhidmatan mendapat bantuan dan dukungan yang berterusan di sepanjang tempoh hayat penggunaannya di dalam ATM, adalah wajar supaya sistem utama berkenaan bersama-sama dengan pakej peralatan tambahan dan alat ganti dikodifikasikan sebelum diterima masuk ke dalam sistem inventori ATM.

Bagi menentukan supaya semua sistem peralatan dan alat ganti yang diperolehi melalui perjanjian kontrak yang bakal diterima masuk kedalam inventori ATM mempunyai nombor NSN, maka Klausa Kodifikasi Kontrak (Codification Contract Clause – CCC) diwujudkan di dalam salah satu daripada klausa kontrak antara pihak pembekal atau pembuat sesuatu sistem dengan pengguna iaitu ATM.  Dalam konteks di dalam ATM, nama klausa ini biasanya dipanggil sebagai Standart Malaysia Codification (SMC).

Antara beberapa sumber perolehan yang terdapat di dalam ATM tertakluk kepada keperluan SMC adalah seperti berikut:

  1. Kontrak perolehan sistem/peralatan kapital sama ada melalui pembekal tempatan atau luar negara.
  2. Kontrak perkhidmatan pembelian alat ganti, senggaraan dan pembaikan bagi sesuatu sistem utama.
  3. Kes FMS (Foreign Military Sales) iaitu perjanjian antara kerajaan dengan kerajaan (G to G) melibatkan pembelian sistem buatan Amerika Syarikat.

STANAG 4177

AC/135 telah memperkenalkan STANAG (Standart Agreement) 4177 sebagai asas kepada CCC untuk negara-negara pengguna NCS mewujudkan klausa berkenaan di dalam semua kontrak perolehan dan pembaikan sistem atau peralatan.  STANAG 4177 merupakan satu sistem seragam yang direka bertujuan untuk mendapatkan data-data teknikal yang minima daripada pihak pembekal untuk aktiviti kodifikasi barangan.
Klausa SMC perlu mempunyai kodifikasi yang dipersetujui bersama antara MAFCA, Tim projek sistem dan pihak pembekal yang memerlukan pihak pembekal (kontraktor atau sub-kontraktor)mempunyai obligasi untuk menyediakan data-data teknikal yang secukupnya bagi membantu dalam proses kodifikasi dan pemberian nombor NSN terhadap sistem atau peralatan yang diberli ATM.

STANDARD MALAYSIA CODIFICATION (SMC)

Kandungan SMC ada menerangkan secara terperinci mengenai keperluan pihak pembekal menyediakan semua atau sebahagian data-data teknikal adalah seperti yang terdapat di dalam salah satu contoh kebiasaan SMC dalam sesuatu kontrak seperti berikut:
“Clause 23.  Standard Malaysia Codification
3.1  The Seller shall furnish to the Malaysia Armed Forces CataloguineAuthority (MAFCA) information regarding the articles supplied under this Contract.  The information shall include but not be limited to the following.
23.1.1 NATO STOCK NUMBER (NSN) where available.
23.1.2 Detail Technical Descriptive Data.
23.1.3 True Manufacturers, Item Reference Number, Name of Manufacturer and Codes.
23.1.4 Detail Technical Drawing and/or Specification.
23.1.5 Illustrated Part Catalogues (IPC).
23.1.6 Comprihensive Parts List”

Jika sudah mempunyai no NSN,  ianya mestilah mengikut prinsip dan prosedur NCS.  Data-data tambahan yang boleh di tambah ke dalam senarai data teknikal adalah seperti berikut:

  1. Standards seperti MILITARY – STANDARD (MIL-STDs) dan sebagainya.
  2. Manual-manual operasi (Operatin Manuals).
  3. Nombor Pengenalan Sekunder (Secondary Part Numbers) daripada pembekal atau pengilang yang lain jika ada.

Kesemua data-data teknikal akan dapat membantu puhak MAFCA dalam proses pengenalan barang (Item Identification) dan dapat mengenal pasti kaedah dan jenis pengenalan barang (methods and types of identification).

Ketiadaan data-data ini oleh MAFCA, sekiranya telah dinyatakan di dalam kandungan kontrak, boleh dianggap sebagai melanggar kontrak dan tindakan yang sesuai boleh diambil terhadap agensi pelaksana kontrak berkenaan.  
Contoh SMC di atas merupakan sebagai panduan sahaja dan adalah tertakluk kepada sesuatu projek perolehan.  Oleh yang demikian, keperluan mewujudkan SMC dalam setiap kontrak perolehan haruslah dibincang dan dirancangkan dengan MAFCA di peringkat awal sesuatu projek iaitu semasa pembangunan dan penyediaan spesifikasi untuk tender dan negosasi kontrak sebelum kontrak ditandatangani.  Antara pihak atau agensi yang akan terlibat dalam perancangan aspek katalog dan kodifikasi sesuatu sistem adalah seperti berikut:

  1. Tim Projek Sistem.
  2. MAFCA
  3. Sel-sel katalog Perkhidmatan
  4. Pembekal (Kontraktor atau Sub Kontraktor
  5. Biro Kodifikasi Nasional (NCB) luar negara yang membekal sistem atau sub-sistem berkenaan.

KOS KATALOG DAN KODIFIKASI

Proses katalog dan kodifikasi boleh melibatkan kos yang tinggi dan perhatian hendaklah diambil supaya hanya peralatan komponen dan alat ganti yang bakal dibeli sama ada sebagai “end terms” atau alatan inventori untuk simpanan stok melalui proses ini.  Adalah tidak wajar dan membazir untuk membuat kodifikasi ke atas sesuatu alatan yang tidak mungkin dibeli dan langkah ini hendaklah selaras dengan konsep dan tahap senggaraan yang akan digunakan di dalam sesuatu projek perolehan sistem di dalam ATM.
Kos penyediaan data-data teknikal yang dibekalkan oleh pihak pembekal adalah menjadi tanggungjawab Tim Projek berkaitan dan seharusnya dimasukkan ke dalam peruntukan perbelanjaan projek tersebut.  Manakal kos untuk transaksi kodifikasi dengan negara-negara pengguna sistem yang lain disediakan oleh MAFCA yang berperanan sebagai Biro Kodifikasi Nasional (NCB).