PMBanMedia

Karnival Sukan ISK 52/2018

Satu karnival sukan telah dibuat di MAFCA pada tahun ini. Karnival yang telah dianjurkan oleh para penuntut Indoktrinasi Sistem Katalog ATM(LLP) siri 52/2018 telah bermula mulai 9 Ogos 18 sehingga 27 Ogos 18.

Terdapat tiga jenis sukan telah dipertandingkan yang melibatkan pertandingan antara penuntut kursus dan staf MAFCA iaitu bola tampar, futsal dan bowling.

Pertandingan bola tampar telah diadakan pada 9 Ogos di di gelanggang bola tampar Kem Wardiburn , futsal pada 17 Ogos 18 di KSL manakala bagi bowling diadakan pada 27 Ogos 18 di Wangsa Walk Mall.

Majlis pembukaan dan penutup telah disempurnakan oleh Pengarah MAFCA Ybhg Lt Kol Hayazi bin Ghazalee TUDM. MAFCA telah memenangi kesemua acara yang dipertandingkan seterusnya merangkul johan keseluruhan bagi karnival kali ini.