PMBanMedia

Perlaksanaan Eyeballing

1. Tajuk: Perlaksanaan Eyeballing.

2. Tarikh: 16 Okt 2018 hingga 19 Okt 2018.

3. Lokasi dan Tempat: PULPAK, Kem Sungai Udang, Melaka.

4. Agenda:

  1. Penguasa Katalog Angkatan Tentera Malaysia (ATM) atau dikenali sebagai Malaysian Armed Forces Cataloguing Authority (MAFCA) telah melaksanakan proses eyeballing di mana ia merupakan salah satu proses kodifikasi yang melibatkan kerja-kerja pengenalan sesuatu barang secara fizikal, meneliti dan memeriksa secara langsung, mengumpul data-data dan ciri-ciri barang tersebut adalah salah satu tugas dan tanggungjawab MAFCA yang telah dilantik sebagai Biro Kodifikasi Nasional bagi membuat eyeballing yang merupakan satu proses kodifikasi iaitu mengenalpasti ciri-ciri fizikal dan proses pengukuran.

  2. Seramai 10 orang yang terlibat secara lansung di dalam proses ini iaitu 1x Pegawai dan 6x LLP dari MAFCA dan 4 orang dari CMCA.

  3. Tujuan proses ini diadakan adalah untuk:

    1. Mendapatkan satu nombor bekalan bersama iaitu NATO Stock Number (NSN) ke atas semua barang berkaitan.

    2. Bagi mengumpul data-data ciri-ciri alatan yang berkaitan dalam proses kodifikasi.

    3. Menentukan setiap anggota mahir di dalam pengendalian proses eyeballing.

Disediakan oleh 1139661 Sjn Ahmad Ismail bin Abd Rani.