PMBanMedia

Kursus Pemantapan Portal MinDef


1. Tajuk: Kursus Pemantapan Portal MinDef

2. Tarikh: 15 hingga 18 Oktober 2018

3. Lokasi: Makmal Optimus, Tingkat 6, Wisma Pertahanan

4. Agenda:

Bahagian Pengurusan Maklumat (BPM) telah menganjurkan Kursus Pemantapan Portal MinDef pada 15 hingga 18 Oktober 2018 bertempat di Makmal Optimus, Tingkat 6, Wisma Pertahanan. MAFCA telah dijemput untuk menghadiri kursus ini dengan penyertaan 2 orang Pegawai Teknologi Maklumat (PTM) dan seorang Penolong Pegawai Teknologi Maklumat (PPTM).

Peserta-peserta telah didedahkan kepada aspek-aspek pentadbiran dan pembangunan laman web menggunakan platform Joomla versi terkini dan plug-in pihak ketiga dari pelbagai sumber. Kursus yang dijalankan secara hands-on ini juga melibatkan perbincangan di kalangan pentadbir dan pembangun laman web serta proses troubleshooting.

4. Objektif kursus:

  1. Memberikan latihan pengukuhan Joomla (refreshment training) kepada semua wakil Jabatan/Perkhidmatan/Agensi yang merupakan pentadbir portal/laman web agensi;

  2. Melahirkan pegawai yang berkemampuan dan berkemahiran dalam mengubah suai template mengikut kesesuaian dan keperluan MinDef;

  3. Menjadikan portal MinDef unik, tersendiri dan berbeza daripada kementerian yang Iain;

  4. Memastikan semua wakil Jabatan/Perkhidmatan/Agensi dapat memahami kriteria-kriteria penilaian laman web berdasarkan model baharu pemantauan MAMPU

Disediakan oleh PPTM MAFCA.