PMBanMedia

Lawatan Kebajikan Pengerusi BAKAT MAFCA

Salah satu peranan BAKAT adalah untuk menjaga moral anggota dan keluarga agar sentiasa terpelihara. Mengambil inisiatif tersebut, Pengerusi BAKAT MAFCA telah membuat lawatan kepada pranita MAFCA Kpl Norshitah yang selamat bersalin pada 29 Okt 2018 di Wad Bersalin HAT Mizan.



Seterusnya, beliau juga meluangkan masa melawat anak PW II Kumar yang mengalami masalah muntah dan cirit-birit. Anak beliau yang berusia 1 tahun 4 bulan itu telah ditempatkan di Damai Service Hospital, Jalan Ipoh pada tarikh yang sama.