PMBanMedia

Kursus Latihan NCORE NG Siri 2/2018

Dalam usaha untuk mempertingkatkan kompetensi serta kemahiran dalam proses kodifikasi seramai 6 pegawai dan 19 orang staf MAFCA telah menghadiri kursus N-CORE NG. Kursus ini merupakan anjuran bersama MAFCA dan syarikat CMCA yang telah di laksanakan pada 14 hingga 16 Nov 2018 bertempat di Cophtorne Orchid Hotel, Pulau Pinang. Di dalam kursus ini meliputi pembelajaran secara ‘hands-on’ bagi aplikasi N-CORE NG dalam melaksanakan Kodifikasi sesuatu peralatan dan kursus ini juga memberi pendedahan perlaksanaan ‘Eyeballing’ bagi mendapat ‘Nato Stock Number’ (NSN) melalui applikasi N-CORE NG.