PMBanMedia

Kursus Asas Pengenalan Sistem Katalog ATM Pegawai Siri Asas/Peg/28/19

Kursus Asas Pengenalan Sistem Katalog ATM Pegawai Siri Asas/Peg/28/19 telah diadakan pada 11 Feb 2019 hingga 15 Feb 2019 bertempat di Kuala Lumpur International Hotel. Seramai dua puluh satu (21) Pegawai dari ketiga-Tiga cabang Perkhidmatan ATM dan Polis Diraja Malaysia (PDRM) telah menghadiri kursus tersebut dengan jaya nya. Pembukaan kursus telah dirasmikan oleh Pemangku Pengarah MAFCA Mej Subeci Bin Jumaat dan penutup penyampaian sijil telah dilaksanakan oleh Ketua Bahagian Rancang Projek Dan Latihan Mej Shazila Binti Mat Salleh TUDM.

Sebanyak lapan (8) matapelajaran dan satu (1) ujian akhir telah diadakan merangkumi semua matapelajaran iaitu Pengenalan Barang, Bahasa Perbekalan Bersama, Pnegenalan Sistem Kodifikasi Nato, H2-Kumpulan Dan Kelas,Alat-Alat Katalog, Sel Katalog Perkhidmatan, Proses Kodifikasi Syarikat Swasta Dan Nato Data Exchange (Nadex) & Nmbs.