PMBanMedia

Kursus Asas Pengenalan Sistem Katalog ATM LLP Siri ASAS/LLP/31/19

Kursus Asas Pengenalan Sistem Katalog ATM LLP Siri ASAS/LLP/31/19 telah diadakan pada 25 Feb 2019 hingga 1 Mac 2019 bertempat di Kuala Lumpur International Hotel. Seramai 30 Peserta dari ketiga-Tiga cabang perhidmatan ATM dan 2 peserta Polis Diraja Malaysia (PDRM) telah menghadiri kursus tersebut dengan jayanya. Penutup kursus dan penyampaian sijil telah dilaksanakan oleh Pemangku Pengarah MAFCA Mej Subeci bin Jumaat dan di iringi Pegawai Latihan Kapt Abu Hanifah bin Mohd Haniff TUDM.

Dalam kursus tersebut, Peserta telah didedahkan dengan Subjek Pelajaran Sejarah Katalog, Kepentingan Katalog ATM, Pengenalan Sistem Kodifikasi Nasional, Operasi Katalog Antarabangsa, Bahasa Pembekal Bersama, alat Katalog, 4 Basic Step, NADEX&NMBS, N-CAGE, Sel Katalog Perkhidmatan, Pengenalan buku H2 dan peranan CMCA.