PMBanMedia

KURSUS PENGENALAN ASAS SISTEM KATALOG NATO ATM ZON SELATAN

Port Dickson, 14 Nov 19 – Telah diadakan majlis Penutup Kursus Pengenalan Asas Sistem Katalog NATO ATM Zon Selatan Siri: ASAS/SKN/ZON/06/2019. Kursus ini telah diadakan selama (3) tiga hari mulai 12 -14 November 2019 bertempat di Hotel Seri Malaysia Port Dickson Negeri Sembilan. Seramai 22 orang peserta dari kalangan pegawai dan anggota Lain-Lain Pangkat (LLP) ketiga-tiga cabang perkhidmatan ATM telah menghadiri kursus yang dianjurkan ini. Penganjuran kursus bertujuan memberi pengetahuan sejarah katalog ATM dalam pelaksanaan Sistem Kodifikasi Nasional (SKN) yang dipertanggungjawabkan kepada MAFCA atau Biro Kodifikasi Nasional bagi Negara Malaysia di dalam pengurusan kodifikasi.

Majlis penutup telah disempurnakan oleh Mejar Shaliza binti Mat Salleh TUDM, Ketua Bahagian Rancang Projek & Latihan mewakili Pengarah MAFCA diiringi oleh Pegawai Waran Latihan.

Harapan pihak penganjur supaya kursus ini dapat memberi pendedahan kepada para peserta agar dapat diimplementasikan kepada unit-unit didalam pengurusan data-data katalog didalam aset-aset yang diperbekalkan ke dalam inventori ATM dan negara am-nya.

Penerima Sijil Pertama

Perasmian Penutup Kursus