PMBanMedia

  • Home
  • Media
  • Berita Terkini
  • MESYUARAT ALLIED COMMITTEE 135 (AC/135) MAIN GROUP & SEMINAR PENGENALAN PENGARAH BIRO KODIFIKASI NASIONAL

MESYUARAT ALLIED COMMITTEE 135 (AC/135) MAIN GROUP & SEMINAR PENGENALAN PENGARAH BIRO KODIFIKASI NASIONAL

Luxembourg 15 Nov 2019 – NATO Support and Procurement Agency (NSPA) telah menganjurkan Mesyuarat Allied Committee AC/135 Main Group kali ke 116 dan Seminar Pengenalan Pengarah Biro Kodifikasi Nasional (BKN) mulai 12 – 15 November 2019 bertempat di Head Quarters NSPA in Capellen G.D Luxembourg.

Mesyuarat yang diadakan (2) kali setahun telah dihadiri oleh Pengarah MAFCA Lt Kol Mohd Amran bin Yaakob TUDM sebagai Pengarah Biro Kodifikasi Nasional bagi Negara Malaysia kod 34. Seramai 76 wakil-wakil negara BKN yang menyertai Sistem Kodifikasi NATO (SKN) telah turut serta dalam mesyuarat pada kali ini. Manakala seminar pengenalan kepada Pengarah-Pengarah BKN telah disertai seramai 16 orang wakil setiap negara BKN. Objektif penganjuran membincangkan hala tuju negara-negara yang menyertai SKN dalam meningkatkan tahap keberkesanan kodifikasi setiap negara BKN dan proses memberi cadangan dan melaksanakan keputusan di dalam mesyuarat yang saban tahun diadakan.

Dengan penyertaan BKN Malaysia, ini membuktikan komited negara Malaysia dalam mengimplementasikan kodifikasi dan platform terbaik dalam pengurusan data-data katalog ke dalam pengurusan aset dan inventori Angkatan Tentera Malaysia (ATM) serta negara Malaysia Amnya.