PMBanMedia

SAMBUTAN HARI KELUARGA MAFCA BAGI TAHUN 2019

Sambutan Hari Keluarga MAFCA telah diadakan pada 30 Nov 2019 di Hot Spring, Sungai Klah, Sungkai, Perak. Sambutan ini adalah bagi meraikan semua warga MAFCA untuk bersama dengan keluarga serta mengeratkan hubungan silaturahim.

Majlis telah berjalan dengan cukup meriah dengan pelbagai acara dipertandingkan kategori dewasa dan juga kanak-kanak. Program yang bermula seawal jam 10.00 pagi ini telah mendapat sambutan yang amat menggalakkan daripada Staf dan ahli keluarga. Ini membuktikan warga MAFCA sangat komited bukan sahaja dengan tugas di pejabat, malah sangat menyokong segala aktiviti di luar pejabat.

Sambutan Hari Keluarga MAFCA berlangsung dengan penuh ceria dan diserikan lagi dengan pelbagai aktiviti menarik antaranya ialah Sukaneka, cabutan bertuah, dan banyak lagi. Disamping itu, pelbagai hadiah menarik disediakan, antara hadiah utama ialah televisyen, barangan elektrik dan hamper. Tahniah diucapkan kepada semua yang bertungkus lumus menjayakan sambutan ini. Semoga jalinan kerjasama seperti ini terus berkembang mekar dalam kalangan warga MAFCA demi memacu organisasi yang disayangi.