PMBanMedia

MESYUARAT RETREAT PENGUASA KATALOG ATM (MAFCA) TAHUN 2019

SMesyuarat Retreat MAFCA bagi tahun 2019 telah diadakan pada 05 Dis hingga 06 Dis 2019 bertempat di Hotel Seri Malaysia Port Dickson, Negeri Sembilan.

Mesyuarat ini bertujuan untuk membincangkan perancangan dan hala tuju MAFCA untuk tahun semasa dan tahun hadapan. Mesyuarat ini juga akan membincangkan kaedah dan cadangan penambahbaikan MAFCA di masa hadapan dan membentangkan perkara-perkara yang berkaitan pencapaian semua bahagian pada tahun 2019 dan Sasaran Kerja Tahunan 2020.

Mesyuarat tersebut berjalan dengan lancar dan telah dihadiri oleh semua Pegawai dan Pegawai Waran MAFCA. Mesyuarat telah dipengerusikan oleh Pengarah MAFCA iaitu Lt Kol Mohd Amran bin Yaakob TUDM.