mengenai kami

Sejarah Penubuhan

Sejarah Penubuhan

Penguasa Katalog Angkatan Tentera Malaysia (ATM) atau lebih dikenali sebagai MAFCA (Malaysian Armed Forces Cataloguing Authority) adalah satu badan penguasa yang telah ditubuhkan oleh ATM pada 7 April 1981 dan diberikan kuasa melalui Perintah Majlis Angkatan (PMAT) bilangan 9 tahun 1982. Mesyuarat Jemaah Menteri pada 23 Februari 1983 telah meluluskan supaya ATM menyertai Sistem Kodifikasi NATO dan membuat pertukaran data katalog dengan negara-negara pengguna yang lain. Mulai tarikh 1 Feb 2005 MAFCA telah diletakkan di bawah Sektor Pembangunan, Kementerian Pertahanan (MinDef). MAFCA terdiri daripada 5 Bahagian seperti berikut:

  • Bahagian Perkhidmatan
  • Bahagian Rancang, Projek & Latih
  • Bahagian Pengenalan Barang
  • Bahagian Bantuan Teknikal
  • Bahagian Teknologi Maklumat

MAFCA mula beroperasi pada pertengahan Jun 1981 di Setapak, Kuala Lumpur yang kemudiannya berpindah ke bangunan Bahagian Staf Perisikan Pertahanan (BSPP), MinDef dan kini di Bangunan MinDef 2.

Objektif utama MAFCA adalah mewujudkan dan membentuk satu bahasa perbekalan bersama (common supply language) berlandaskan Sistem Kodifikasi NATO dikalangan pengguna sistem ini di dalam Negara Malaysia dan di antara negara luar yang mengamalkan sistem ini. Sejak awal penubuhannya lagi fungsi dan tanggungjawab MAFCA telah berubah dari semasa ke semasa terutamanya di abad ke 21 ini. Bermula pada tahun 2006 sebagai Biro Kodifikasi Nasional (National Codification Bureau (NCB)), MAFCA telah diperluaskan fungsi dan tanggungjawabnya melibatkan Kementerian/Jabatan/Agensi Kerajaan yang lain.

Berikut adalah agensi-agensi di bawah tanggungjawab MAFCA:

  • Polis DiRaja Malaysia (PDRM).
  • Kementerian Kesihatan.
  • Kementerian Pertahanan.
  • Kementerian Kerja Raya.
  • Kementerian Pelajaran.
  • Kementerian Kewangan.
  • Kementerian Pertanian.
  • Jabatan Kastam dan Eksais Diraja.
  • Jabatan Pengairan dan Saliran.
about-us-1
  • Dengan cara ini ianya dapat membentuk dan menyelaraskan bahasa perbekalan bersama di dalam Sistem Kodifikasi Nasional (SKN). Pengguna bagi sistem katalog ini merupakan elemen yang terpenting di dalam setiap operasi perbekalan peralatan. Sistem katalog dan kodifikasi tidak akan berfungsi dengan baik tanpa kewujudan pengguna. Kategori pengguna katalog ini sifatnya meluas, dimana tidak tertumpu kepada sesuatu pengguna kepada pengguna yang lain sahaja.
  • MAFCA juga menganjurkan kursus-kursus yang berkaitan katalog seperti berikut:
    • - Asas Pegawai dan PSK
    • - Asas LLP dan ISK
    • - Kursus Asas Peringkat Zon
    • - Kursus N-CORE