PMBanMengenaiKami

Bahagian Pengenalan Barang

PENGENALAN

Bahagian Pengenalan Barang (BPB) adalah salah satu bahagian yang terdapat di Penguasa Katalog ATM (MAFCA). Ia merupakan bahagian yang paling penting serta sebagai tulang belakang MAFCA dengan melaksanakan tugas-tugas mengenai pengenalan terhadap barangan dan melakukan proses kodifikasi alatan dalam bentuk satu Bahasa Perbekalan Bersama yang berlandaskan kepada Sistem Kodifikasi NATO (NCS).

Kekuatan pegawai dan anggota LLP bahagian ini adalah 4 pegawai dan 33 kali anggota LLP di mana pegangan semasa keanggotaan adalah 4 kali pegawai dan 15 kali anggota LLP. Peratusan keseluruhan pegangan daripada perjawatan adalah 51%.  Ini menunjukkan bahawa bahagian ini kekurangan separuh staf untuk melaksanakan kodifikasi peralatan perkhidmatan. Walau bagaimanapun, pelaksanaan kodifikasi berjalan seperti biasa dan dapat melaksanakan tugasan tanpa masalah.

CARTA ORGANISASI

 CARTA-ORGANISASI-BPB

PERANAN & FUNGSI

Peranan dan fungsi BPB adalah merangkumi perkara-perkara seperti berikut:

a. Menerima dan memproses permohonan kodifikasi dari Sel-sel Katalog Perkhidmatan dan agensi-agensi Kerajaan yang lain.

b. Mengawal dan mengeluarkan kod-kod projek bagi peralatan baru atau sistem yang memasuki inventori ATM dan agensi-agensi Kerajaan lain.

c. Berhubung dengan Sel-sel Katalog Perkhidmatan dan membantu dari segi teknikal serta khidmat nasihat berkaitan dengan kodifikasi.

d. Membuat semakan semula dari semasa ke semasa ke atas peralatan mengikut kod projek dalam Total Item Record (TIR).

e. Menyediakan penyata mingguan kerja kodifikasi dan menganalisa setiap alatan yang dibuat kodifikasi untuk meningkatkan kemajuan dan penambahan dalam TIR.

f. Mengadakan latihan amali untuk penuntut-penuntut kursus kodifikasi dalam dan luar Negara.

g. Memproses dokumen-dokumen pembayaran kodifikasi syarikat swasta yang dilantik oleh kerajaan ke Bahagian Pero 8.

h. Merancang dan mengadakan lawatan kerja ke Sel-sel Katalog Perkhidmatan dan agensi-agensi Kerajaan yang lain.

i. Menentukan setiap alatan yang dibuat kodifikasi memperolehi NATO Stock Number (NSN).

OBJEKTIF

 Objektif BPB adalah merangkumi perkara seperti berikut:

a. Menyemak bagi satu barang sama ada telah mempunyai NSN atau tidak dengan serta merta melalui Nombor Bahagian atau Nombor Pengenalan lain.

b. Melaksanakan proses screening bagi satu barang dalam masa 1 minit.

c. Memproses transaksi LAU dalam masa 15 hari dari tarikh proses hingga penghantaran ke Bahagian Teknikal.

d. Memproses transaksi LSA dalam masa 50 hari dari tarikh proses hingga penghantaran ke Bahagian Teknikal.

e. Memproses transaksi untuk NSN dalam masa 30 hari dari tarikh proses hingga penghantaran ke Bahagian Teknikal.