PMBanMengenaiKami

Bahagian Teknikal

PENGENALAN

Fungsi Malaysian Armed Forces Cataloguing Authority (MAFCA) lebih menyerlah dengan berperanan sebagai agensi yang memberi dan mengeluarkan Kod Pengilang atau NATO Commercial and Government Entity Code (NCAGE Code) kepada pengilang dan pembekal tempatan serta mendapatkan kod-kod pengilang dan pembekal dari negara luar.

Pengilang, pengeluar atau pembekal tempatan boleh memohon kod NCAGE ini secara terus dengan pihak MAFCA dan perlu mematuhi syarat-syarat tertentu sepertimana yang diterangkan dalam Allied Codification Publication 1 (ACodP-1).

Negara-negara yang menyertai  National Codification System (NCS) seperti Malaysia telah diberikan peranan dan hak untuk mengeluar dan memberi kod pengilang, pengeluar dan pembekal kepada industri tempatan.

MAFCA sebagai NATO Codification Bureau (NCB) kepada Malaysia yang berada dikalangan negara-negara kategori TIER 2 secara dasarnya memainkan peranan yang amat penting dalam memberikan perkhidmatan pengeluaran KOd NCAGE ini yang mana ianya dapat membantu memperkembangkan produk dan industri tempatan ke peringkat global.

CARTA ORGANISASI

 

PERANAN & FUNGSI

  1. Menentukan proses validasi terhadap peralatan yang dikodifikasikan oleh pihak BPB dan syarikat CMCA dibuat dengan tepat dan betul.
  2. Menentukan dan mengawasi penguruasn perpustakaan dalam mengumpul serta pengedaran publikasi “Compact Disk” dan lain-lain publikasi teknikal.
  3. Berhubung rapat dgn BPB di MAFCA, Bahagian Perolehan Mindef dan ketiga-tiga Perkhidmatan ATM untuk mengenalpasti dan memperolehi dengan lengkap segala dokumen kontrak serta buku-buku kontrak yang terbaru.
  4. Pengesahan pemberian Nama Barang Sebenar (AIN) melalui rujukan-rujukan, bahan-bahan katalog dan lain-lain.
  5. Memberi nasihat kepada Sel Katalog Perkhidmatan dalam pencarian “Group dan Class” nama barag sebenar dan tunjuk ajar dalam penyediaan katalog yang berkaitan.
  6. Mengawasi dan mengawal pengeluaran Kod Pengilang/Pembeka serta memperbaharui data-data berkenaan dari masa kesemasa.
  7. Mendapat dokumen-dokumen spesifikasi dan standardisasi daripada agensi-agensi kerajaan seperti SIRIM, STRIDE ataupun dari perkhidmatan ATM.
  8. Berhubung rapat dan menerangkan keperluan perolehan data-data kodifikasi seperti terkandung di dalam Klausa Kodifikasi Kontrak (CCC) ataupun kepada pembekal.
  9. Menentukan semakan dan pembetulan dibuat ke atas data-data kodifikasi/pengeluaran barang sebelum dimasukkan ke dalam pangkalan data dan komputer.
  10. Menentukan dan memeriksa segala pengeluaran data pengenalan minimum jika diperlukan.
  11. Menguruskan kontrak Information Handling Services (IHS) dengan baik terutama dalam aspek peruntukan dan pembekalan bahan-bahan rujukan informasi yang terkini.
  12. Menentukan segala publikasi yang telah diedarkan ke unit-unit seperti CD ROM, FIIGS dan publikasi lain yang telah tamat tempoh (Outdated) dikembalikan semula untuk tindakan pelupusan.

OBJEKTIF

OBJEKTIF

Memastikan Visi dan Misi MAFCA tercapai, Bahagian Teknikal berfungsi bagi melaksanakan tugas-tugas yang telah ditetapkan iaitu memberi perkhidmatan Rujukan Spesifikasi & Standard, Validasi peralatan yang telah di kodifikasikan, Rujukan Perpustakaan / PUblikasi Teknikal, Kod Pengilang dan Pembekal serta bantuan Khidmat Nasihat yang mana tanggungjawab ini akan menjurus kepada satu bahasa pembekalan bersama berlandaskan Sistem Kodifikasi Nato.