PMBanMengenaiKami

Bahagian Teknologi Maklumat

LATAR BELAKANG

Bahagian Teknologi Maklumat telah melaksanakan fungsinya dengan berkesan melalui pendekatan prinsip tadbir urus yang terbaik. Selaras dengan perubahan trend yang merujuk kepada persekitaran dan budaya kerja, kehendak pelanggan dan organisasi serta kecanggihan teknologi, Bahagian Teknologi Maklumat sentiasa proaktif menerokai cabaran-cabaran dalam pengurusan teknologi maklumat bagi memastikan peningkatan sistem penyampaian perkhidmatan yang cemerlang dan berkualiti dapat disediakan.

CARTA ORGANISASI

                                                                                     Carta Organisasi Bahagian

carta-btm

PERANAN DAN FUNGSI

PERANAN DAN FUNGSI BAHAGIAN TEKNOLOGI MAKLUMAT

a)    Menyelaras projek peningkatan eSKN daripada Tier 1 ke Tier 2.

b)    Memastikan sistem komputer MAFCA beroperasi dengan lancar.

c)    Memberi khidmat nasihat kepada pengguna tentang penggunaan sistem pengkomputeran MAFCA.

d)    Menentukan program dan data-data dalam pangkalan data sentiasa selamat dan sistem boleh digunakan pada bila-bila masa.

e)    Melakukan pertukaran data kodifikasi dengan negara pakatan NATO & Negara Pasifik (NATO Data Exchange-NADEX) melalui NATO Mailbox System (NMBS).

f)    Memastikan data-data TIR (Total Item Record) berada di dalam keadaan selamat dan boleh diguna pakai.

g)    Melaksanakan Backup untuk data-data dan aplikasi Elektronik Sistem Kodifikasi Nasional (eSKN).

h)    Melaksanakan data recovery sekiranya terdapat kerosakan pada perkakasan atau perisian.

i)    Mengemaskini data-data katalog yang diterima melalui Sistem NMBS ke dalam pangkalan data.

j)    Menjaga dan mengawasi segala pergerakan peralatan komputer di MAFCA.

k)    Memastikan semua rangkaian komunikasi komputer berfungsi dengan baik di MAFCA dan di sel katalog bagi ketiga-tiga perkhidmatan.

l)    Sentiasa berusaha untuk melaksanakan yang terbaik bagi memantapkan lagi penggunan sistem MAFCA kepada semua pengguna.

OBJEKTIF

Untuk menyediakan kemudahan ICT yang bersepadu melalui proses kecemerlangan secara kos yang berkesan, cekap dan berkualiti.