PMBanApaMAFCA

  • Home
  • Spesifikasi dan Standard

Spesifikasi dan Standard

KEPENTINGAN SPESIFIKASI DAN STANDARD KEPADA PERKHIDMATAN ATM.

  1. Pengaksesan Yang Mudah.
  2. Menambah Produktiviti.
  3. Pencaricm yang lebih terperinci.
  4. Mengurangkan kos yang berlebihan.


KEPENTINGAN NCAGE KEPADA PENGGUNA

  1. Deskripsi Barangan Yang Tepat.
  2. Sistem Pengurusan lnventori Yang Mantap.
  3. Penggunaan Bahasa Perbekalan Bersama.
  4. Penggunaan Komputer S~cara Optimum.
  5. Mencegah pembaziran.
  6. Mengawal Pelupusan.

KEPENTINGAN NCAGE KEPADA PRODUK DAN INDUSTRI TEMPATAN

  1. Strategi Pemasaran Dalam Membentuk Pengiklanan mudah.
  2. Mengeluarkan Sesuatu Barangan Yang Spesifikasi dan eliakui.
  3. Mempromosi Produk Buatan Tempatan.
  4. Membuat Perancangan dan Sasaran Produktiviti.
  5. Sokongan Kepada Keperluan Bahan Mentah.
  6. Meningkatkon Kesefahamem.
  7. Meningkatkan Daya Saing.
  8. Memperolehi Maklumat Yang Tepat.

KEPENTINGAN SPESIFIKASI DAN STANDARD KEPADA PERKHIDMATAN ATM

a. Pengakseson Yang Mudah.

Dengan menggunakan DVD yang telah dibekalkan oleh syarikat Information Handling Services (IHS ) kerja-kerja mencari maklumat atau data sesuatu alatan menjadi lebih mudah elan cepat. lni kerana semua maklumat dan data alatan tersebut ada terdapat di dalam DVD yang dibekalkan.

b. Menambahkan Produktiviti.

Apabila kerja dapat dilakukan dengan cepat dan tepat maka pengeluaran serta produktiviti sesebuah organisasi atau syarikot dapat ditingkatkan.

c. Pencarian yang lebih terperinei

Dengan berpandukan DVD yang telah dibekalkan oleh IHS, sesebuah organisasi atau pengilang dapat melokukan pencarian yang lebih terperinci data-data sesuatu alatan. lni dapat mengurangkan duplikasi dalam perolehan.

d. Mengurangkan kos yang berlebihan.

Data-data tepat dan terperinci yang terkandung di dalom DVD yang telah dibekalkan oleh Syarikat IHS dapat mengurangkan kos perolehan sesuatu alatan.


KEPENTINGAN NCAGE KEPADA PENGGUNA

a. Deskripsi Barangan Yang Tepat.

Pengguna akan mudah mendapat alatganti yang dikehendaki. Ini adalah kerana prinsip sistem kodifikasi NATO adalah barang atau alatn diberi satu nama dan satu nombor Stok NATO. Apabila disebut sahaja nombor pengenalan NATO, pengguna akan memperolehi barang atau alatan yang tepat tanpa ragu-ragu mengenai ciri-cirinya. Dengan ini dapat mengelakkan kesilapan semasa mendapatkan alatan tersebut.


b. Sistem Pengurusan lnventori Yang Mantap.
Melalui Sistem Kodifikasi NATO rekod-rekod pengguna disatukan. Maklumat kuantiti simpanan, spesifikasi dan ciri-ciri barangan atau alatan mudah diperolehi. Dengan demikian juga pemantauan seperti 'asset tracking ' dan 'visiblity stock' dilakukan mudah, teratur dan berkesan.

c. Penggunaan Bahasa Perbekalan Bersama.
Seperti yang kita sedia maklum bahasa Perbekalan bersama adalah "satu bahasa yang standard dan seragam yang digunakan oleh negara-negara NATO dan negara-negara yang menyertai NCS bagi memenuhi fungsi perbekalan". Justeru itu, Sistem Kodifikasi NATO adolah sistem katalog yang world-wide dan melalui sistem ini dapat mencegah duplikasi dalam pengenalan barang atau alatan oleh para pengguna.

d. Penggunaan Komputer Secara Optimum.
Sistem Kodifikasi NATO beroperasi dengan menggunakan komputer sepenuhnya. Dengan ini, segala informasi mudah diperolehi melalui rangkaian komputer samada di dalam ataupun luar negara. Data-data katalog ini boleh disimpan secara 'soft copy' di dalam cakera padat dan pangkalan data yang mana ianya mudah diakses para pengguna.


e. Mencegah pembaziran.
Melalui sistem ini para pengguna dapat menghindarkan pemoelian atau perolehan alatganti ,alatan dan barangan yang bertindih dan tidak diperlukan. lanya sedikit sebanyak dapat menjimatkan kos serta mengelakkan kerugian.

f. Mengawal Pelupusan.
Sebelum pelwpusan dilakukan, pihak pengguna akan menyemak terlebih dahulu samada alatan atau alatganti terseout masih boleh digunakan untuk tujuan lain ataupun oleh pihak pengguna lain. Dengan cara demikian, pelupusan yang sewenang-wenangnya dapat dikawal. Selain itu, ianya juga dapat mengelakkan pembelian semula barangaon ataupun alatan yang telah dilupuskan pada harga yang mahal atau sebaliknya.

KEPENTINGAN NCAGE KEPADA PRODUK DAN INDUSTRI TEMPATAN
a. Strategi Pemasaran Dalam Membentuk.
Pengiklanan mudah.
Dalam bidang perniagaan, pengiklanan terhadap produk. perkhidmatan mahupun perbekalan yang dikeluarkan merupakan strategi yang amat penting. Kebanyakan pengilang atau pembekal akan mengiklankan produk keluaron mereka melalui media cetak, papan tanda media elektronik dan sebagainya. Kos yang amat tinggi diperlukan bagi tujuan tersebut. Samada sedar atau tidak maklumat yang terkandung dalam pangkalan data NATO Master Cataloguing of Reference for Logistic (NMCRL) merupakan satu bentuk mudah dan kos yang minima. lni kerana terdapat 4 maklumat utama yang boleh didapati melalui NMCRL iaitu maklumat NATO Stock !Number (NSN), Kod P-engilang(NCAGE), maklumat berkaitan produk, perkhidmatan dan perbekalan serta maklumat berkaitan pengguna produk tersebut. Oleh yang demikian, pengguna dan pelanggan dengan mudah akan terus dihubungkan dengan pengeluar, pengilang ataupun pembekal yang berdaftar dalam sistem NCAGE ini. Secara konsepnya, ianya memudahkan lagi aktiviti pemasaran dan perolehan.

b. Mengeluarkan Sesuatu Barangan Yang Spesifikasi dan diakui. Bagi lndustri tempatan yang berdaftor melalui sistem NCAGE, proses dan tindakan pengilang ataupun pembekal seterusnya adalah berkaitan pemberian pengenalan kepada produk mahupun perkhidmatan yang ditawarkan. Pengenalan barang yang begitu unik melalui alat-alat katalog seperti Federal Item Identification Guide (FIIG) dan H-Series yang mana ianya dapat memastikan produk ataupun barangan yang dikeluarkan mematuhi piawaian yang diakui dan dikenali secara global.

c. Mempromosi Produk Buatan Tempatan.

Sistem ini juga merupakan salah satu cara untuk mempromosikan produk atau barangan buatan tempatan, kerana ianya digunakan secara meluas oleh pelbagai negara. Pada masa ini, terdapat lebih kurang 63 buah negara yang menggunakan Sistem Kodifikasi NATO. Sehingga hari ni lebih kurang 70,000 produk Malaysia telah dimasukkan ke dalam Database Pacific Area Cataloguing System Cross Reference List (PAC CRL). Produk-produk ini juga akan dimasukkan ke dalam NMCRL.

d. Membuat Perancangandan Sasaran Produktiviti.
Pembekal dan pengilang juga memperolehi faedah dan kelebihan daripada sistem ini dimana ianya dapat merancang dan mensasarkan tahap pengeluaran  produktiviti syarikat yang akan dikeluarkan bagi mengelakkan lambakan stok dipasaran. Dengan ini, kos pengeluaran dan operasi sesebuah organisasi dapat dioptimakan.

e. Sokongan Kepada Keperluan Bahan Mentah.
Pembekal dan pengilang juga mendapat maklumat-maklumat data berkaitan bahan mentah bagi menghasilkan atau memproses sesuatu produk keluaran mereka. lni kerana sistem NCAGE melalui NMCRL atau alat katalog ycng lain akan merujuk silang kepada semua pengeluar yang berdaftar dalam pengeluaran sesuatu produk mahupun bahan mentah.

f. Meningkatkan Persefahaman.
Dapat memberipersefahaman dan kerjasama dengan industri negara melalui bahasa perbekalan bersama.

g. Meningkatkan Daya Saing.
Dengan Penggunaan NCAGE dalam kodifikasi setiap orgnisasi dapat bersaing secara sihat melalui beberapa perkara. Harga produk buatan tempatan yang standard atau piawaiannya sama dengan standard berkemungkinan lebih murah jika dibandingkan dengan produk luar negara lain. Dengan ini pengguna akan membuat pilihan untuk memilih produk ycmg berkualiti pada harga yang berpatutan. lanya sedikit sebanyak dapat menjimatkan kos pembelian. Permintaan yang tinggi dari negara luar juga dapat meningkatkon lagi ekonomi negara dengan penjualan produk tempatan.

h. Memperolehi Maklumat Yang Tepat.
Sistem kodifikasi NATO yang digunapakai pada masa sekarang berupaya memberi maklumat yang lengkap contohnya seperti spesifikasi material dan piawaian. Maklumat seperti ini boleh digunapakai oleh pengilang ataupun pembekal bagi tujuan R & D syarikatnya dalam pengeluaran alatan yang menggunakan material yang sama dengan rekabentuk yang baru.

PENYERTAAN SEKTOR PERKILANGAN DAN AGENSI.
- agensi swasta dalam sistem NCS amat dialu-alukan dengan mendaftar sebagai pengilang bagi mendapatkan NCAGE kod. Penggunaan Spec danstandard yang seragam juga akan memudahkan dalam segala aspek pengurusan dan perolehan yang dilakukan.  Pemberian koel pengilang tertakluk kepada beberapa syarat dan bukan semua organisasi boleh didaftarkan dan memperolghi kod pengilang (NCAGE).