PMBanApaMAFCA

  • Home
  • Tahukah anda. Apa itu MAFCA?

Tahukah anda. Apa itu MAFCA?

mafca1

MAFCA adalah satu-satunya badan yang bertindak sebagai BIRO KODIFIKASI NASIONAL (BKN) bagi negara Malaysia. Dengan Objektif untuk mewujudkan dan membentuk satu Bahasa Perbekalan Bersama (Common Supply Language), MAFCA telah memulakan operasinya pada pertengahan bulan Jun 1981. NATO CODIFICATION SYSTEM (NCS) diasaskan pada 1914 oleh Depoh Bekalan Tentera Laut dan Katalog Stok Amerika Syarikat(USA).

mafca 2

1961 - PENGENALAN barang diperkenalkan dan nombor stok persekutuan/nombor stok diperkenalkan dalam 11 angka. September 1980 - National Stock Number NATO telah ditukar menjadi 13 angka.MALAYSIA sebagai salah satu pengguna NCS sejak tahun 1981 telah ditaja oleh United Kingdom (UK) sebagai negara berstatus "Partner for Peace" telah diterima sebagai negara berstatus Tier 1.

mafca 3

NATO MAIL BOX SYSTEM (NMBS) yang juga dikenali sebagai NADEX (NATO Data Exchange) telah mula berfungsi sepenuhnya pada tahun 1990. AC/135 telah memperkenalkan STANAG (Standard Aggrement) 4177 sebagai asas kepada CCC untuk negara-negara pengguna NCS mewujudkan klausa berkenaan di dalam semua kontrak perolehan dan pembaikan sistem atau peralatan. 


mafca 4

UNTUK MENGENALI suatu pengilang atau pembekal, nombor pengenalan barang NCS menggunakan sistem kod yang dipanggil "Commercial and Government Entity (CAGE) Code". FMS (Foreign Military Sales) adalah perjanjian antara kerajaan dengan kerajaan(G2G) yang melibatkan pembelian sistem buatan Amerika Syarikat. Sekiranya berlaku pertukaran alamar kepada suatu pengilang, kod pengilangnya masih tidak berubah dan hanya alamatnya sahaja yang perlu dipinda di dalam rekod. 

mafca 5

UNTUK MENDAPATKAN Kod Pengilang, permohon hendaklah memohon melalui Sel IEC(item Entry Control) di Bahagian Bantuan Teknikal MAFCA dengan menggunakan borang MAF-7. Kod NCAGE (NATO CAGE) adalah barang yang dikeluarkanoleh organisasi Amerika Syarikat, iaitu khas kepada negara NATO dan bukan Negara NATO. Kod CAGE (CAGE Code) adalah diberikan kepada organisasi-organisasi yang mengeluarkan atau mengawal rekabentuk barang buatan di dalam Amerika Syarikat sahaja. 

mafca 6

PEMBERIAN NAMA BARANG (Item Name) dalam prose pengenalan barang (Item Identity) akan menentukan FIIG mana yang perlu digunakan bagi alatan tersebut. Kod Pengilang tidak akan ditarik balik sekiranya satu pengilang tidak berfungsi atau aktif lagi. Ini kerana barang-barang yang telah dikeluarkan oleh pengilang masih lagi digunakan dan berfungsi dengan aktif.


mafca 7

Federal Item Identification Guide (FIIG) merupakan salah satu buku panduan penting untuk kegunaan semasa proses pengenalan barang (item identification). Untuk mengenali suatu pengilang atau pembekal, nombor pengenalan barang NCS menggunakan sistem kod yang dipanggil "Commercial and Government Entity (CAGE) Code".

mafca 8

KESTABILAN (STABILITY) adalah di antara kebaikan penggunaan NSN, segmen NIIN tetap bersama dengan setiap satu IOS disepanjang kewujudannya walaupun berlaku pertukaran dalam FSC. Keseragaman (uniformity) adalah keseragaman di dalam panjang (13 digit), komposisi, struktur dan penggunaannya. Memudahkan (simplicity) - penggunaan tanpa pengubahsuaian ke atas sistem pengenalan barang. Penggunaannya adalah mudah dan senang untuk diselenggarakan.

mafca 9

KEUPAYAAN PENYESUAIAN (ADAPTIBILITY) dapat memenuhi pelbagai kehendak logistik daripada peringkat rekabentuk dan pembangunan sehinggalah pelupusan. ACoDP-1 yang juga dikenali sebagi manual untuk SKN merupakan dokumen utama dalam sistem NCS.